BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Terima kasih kerna sudi melayari blog saya... (^__^)

Sunday, November 29, 2009

Sehidup Semati

Assalammualaikum wbt... Bersua lagi dalam post yg terbaru... =) Hari ni, 12 Zulhijjah, bulan baik bulan mulia... Alhamdulillah, sepenuh kesyukuran dipanjatkan pd Tuhan kerna masih lagi diberikan kesempatan utk hidup dan mengumpul bekalan ke negeri akhirat yg kekal abadi nanti.... Sy rasa tak keterlaluan rasanya kiranya sy katakan yg hari raya Aidil Adha tahun inilah yg paling menguji kesabaran sy...Sy makin belajar erti pengorbanan yg menuntut rasa kesabaran yg sesungguhnya....Ujian itu makin bertambah rasanya bilamana ianya dtg ketika sy tak sihat... Tapi tak mengapalah, sy kan tetap teguh bersyukur, dan bersangka baik pd apa yg jadi, kerna sesungguhnya segala-galanya dtg dr Allah... Insyaallah.... Kerna sesungguhnya sy kira, Tuhan mungkin memberi ujian pd sy utk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan sy... Mungkin ini ada berkaitan dgn sesuatu 'kelemahan' sy yg sy rasa sudah lama mendiami darah daging sy... Dr kecil sampailah sekarang, sy hidup dgn 'kelemahan' sy ini...Mungkin Tuhan mahu mendidik sy supaya jadi lebih kuat disebalik 'kelemahan' sy ini.... Sy tertanya-tanya, mengapa bilamana sy berusaha utk berubah ke arah yg lebih baik, ada insan-insan yg seolah-olah mendatangkan kesusahan pd sy ketika sy bersungguh mahu berubah ke arah yg lebih baik... Kdg-kdg, sy tersinggung dgn kata-kata yg terucap, dan ianya dtg ketika sy sedang lemah tubuh badan kerna kesihatan yg terganggu... Tapi tak mengapalah, sy cuba juga bersangka baik, mungkin Allah mahu menguji sejauh mana kesabaran sy kerna sy pernah berdoa meminta pd-NYA supaya beroleh kesabaran yg kuat.... Sy mengambil pendekatan utk berdiam diri dan tersenyum sj pabila berhadapan atau menerima kata-kata yg mengguris perasaan sy... Insyaallah =) Semalam, 11 zulhijjah, mak kata abah menangis... Semalam, seorg kawan rapat abah dipanggil mengadap Ilahi buat selama-lamanya... Seolah ditakdirkan, abah sempat berjumpa kawan dia itu pada paginya ketika mengambil daging korban di masjid. Abah sempat bersembang dan bergurau senda dgnnya.. Abah tanya, "aiii kata nak pg kelantan, bila?".. Arwah yg memakai baju T-shirt putih menjawab, "Kejap lagi pergilah..."Arwah baru sj selesai mengadakan kenduri kahwin utk anak perempuannya minggu lepas, dan sepatutnya hari ini, arwah dan isterinya yg juga turut meninggal dunia pergi keKelantan utk kenduri kahwin di sebelah pihak lelaki pula... Tapi siapa tahu, Allah memanggil dia dan isterinya dahulu utk menghadap-NYA sebelum sempat berkongsi kegembiraan bersama anak dan menantunya di Kelantan.... Arwah dan isterinya meninggal dunia kerna kemalangan di Gerik ketika perjalanan ke Kelantan.... Sesungguhnya, dari DIAlah kita datang, dan kepada-NYA jugalah kita kembali..... Mak kata, "Itulah maksudnya Sehidup Semati..." Entah kenapa, hati sy turut terusik dan sedih... Sy byk berdiam diri hari itu dan merenung betapa ramainya insan yg dipanggil mengadap Ilahi dan meninggalkan dunia buat selama-lamanya pada hari raya korban ini... Sy tertanya, "Bilalah agaknya giliran sy pula....?" dan adakah sy sudah bersedia utk menghadap-NYA?.......... Ujian dan dugaan tetap dtg... Mahu atau tidak, ianya akan tetap datang.... Apa yg mampu kita lakukan hanyalah bersabar dan berdoa.....serta bersangka baiklah dgn Tuhan....... =) Ya ALLAH, teguhkanlah kesabaran hatiku menempuh segala-galanya dan limpahkanlah kasih-MU dan rahmat-Mu ke atas insan-insan yg ku kasih dan syg seluruhnya...... Ameen Ya Rabbal Alamin.......

Friday, November 27, 2009

~Peaches~

Buah peach.. My favourite fruit.. Satu nikmat Allah yg sy minati dan nikmati. =) Syukur, dpt merasa nikmatnya yg ini... Kecik je, tak besar pun, tp cukup utk buatkan sy gembira dan tersenyum...

2-3 hari yg lalu, tiba-tiba sy teringin nak makan buah peach...Nasib baik kebetulan pula, mak ajak sy keluar makan tgh hari di luar kerna katanya tak masak utk tgh hari hari itu. Pucuk dicita ulam mendatang...hehe. Tin buah peach bakal ku genggam. heee.
Mak beli dua buah tin saja, sbb katanya 'cukuplah tu utk kamu seorg, kamu nak makan semua sorg2 pun takpe". Wah, makan sorg, terbayang kepuasan yg bakal sy nikmati..hahaha..Selain itu, sy juga pesan pd mak supaya belikan coklat, sbb dah lama tak makan coklat..Wah, mengidam mcm2 hari tu... =D Mak belikan juga, seronok sy.
Sy sempat la makan satu tin peach, berkongsi juga dgn adik dan mak. Tapi sebahagian besarnya sy makan seorg...hehe.. Mereka yg tak minat sgt, bukan sy tak bg. Sy peminat sejati buah peach.
=D hihihi..Satu tin lagi sy simpan dalam peti sejuk, selepas tin pertama sy habiskan. Tak senang duduk sy sekejap-kejap buka peti sejuk, nak tgk dah sejuk ke belum buah peach sy tu...Teringin sungguh nak makan. (wahhh kalau dah mmg teringin, mmg teringin amatttttt! heh.)
Esoknya, abg2 dan kakak sy balik dr KL... dan hari tu juga sy buka peti sejuk sambil berfikir "Mesti dah sejuk peach aku ni, bleh la makan...hui best2..." ... Buka je peti sejuk, sy menjerit, "waaaa mana peach zahidah!!?" Rupa-rupanya tin peach sy dah dibuka, tinggal dua biji je lagi dlmnya... (hancur luluh hati aku) wuuuuuuuu....... Mak kata abg2 sy makan....isk....sedih je, tak melepas 'kemengidaman' aku ni...huuuu. Yalah, harapan la kan,nak makan peach.. Pija yg sedih tak dpt makan Peachnya itu, itulah aku....sob...sob...sob...
Waktu tu sy mcm anak kecil, yg kecewa tak dpt sesuatu yg dia nak. Bayangkanlah, sy simpan tin buah peach tu selama 2 hari, pandangan sy tak lepas dr peti sejuk, tak habis2 buka peti sejuk nak tgk peach sy dah sejuk ke belum...Tgk2, dirampas org...sadis sadis...Oh lupa, waktu abg2 sy makan tu,sy sedang solat...Mmg lah sy boleh terlepas pandang... cis...
Tapi tak mengapa, hari ni mak keluar ke pekan lagi... Sy pesan peach lagi. (mcm dah takde benda lain) hahaha. Sy pesan susu coklat juga, 2 kotak.. hehe.. Tp coklat susu tak dpt, mak belikan susu strawberi, takpelah 'bedal' je lah..hah! =P Yg seronoknya, buah peach tu. Mak belikan EMPAT TIN BUAH PEACH. Mak kata, "Ha ni, mak belikan 4 sekali utk kamu". Sy tersenyum, sambil berfikir dlm hati, "Mak ni perli aku ke, sekali 4 tin dia belikan hahahaha"
Sebenarnya sy sedih, mungkin naluri mak boleh rasa sy sedih, tu yang dia belikan apa yg sy nak tu... hehe.. Mak abah dah berikan nama sy 'Hafizah' yg membawa maksud "Memelihara"... Jadi sy akan tetap teguh pelihara apa yg sy ada, walaupun org lain tak mahu memeliharanya lagi.. Tanggungjawab sy, tetap tanggungjawab sy. Kalau kiranya Tuhan nak tarik apa yg sedang sy miliki, insyaallah sy akan redha, kerna semuanya milik-NYA kan? =)
Itulah kisah peach dan aku. Kecil-kecil sj berwarna kuning, tp mampu buatkan aku tersenyum =) Sy ni orgnya simple sj, benda yg remeh-remeh dan biasa je sudah mampu buatkan sy gembira. Kalau kena gaya dan caranya, tak susah nak buatkan sy gembira. Kerna sy teringatkan satu pesanan, "Hitunglah kesyukurannya dalam setiap kesusahanmu". Pesanan itulah yg buatkan sy tabah, walaupun sy sedih, sekurang-kurangnya sy masih mempunyai mulut dan pancaindera rasa yg baik sehingga masih dpt makan buah peach sy! Kan? =)

Thursday, November 26, 2009

Si Kecil itu....

Assalammualaikum wbt... Sudah hampir 3 bulan sy tak kemaskini blog sy... Minta maaf pd kwn2 yg bertanyakan status blog sy ni...hehe...Jgn marah naa, nanti kena jual. =) Bukan apa, berada di tahun akhir ni, mmg menguji sy dr segi kesabaran dan kekuatan mental dan fizikal... Rasa-rasanya, waktu peperiksaan semester inilah yg paling teruk sekali bagi sy dr segi kesihatan sy.. Seingat sy, boleh dikatakan hampir setiap hari ada peperiksaan, sy akan muntah dulu pagi tu.. Entah mengapa, darah gemuruh sy ketika itu teruk melanda sy...Mungkin kerana takut sgt memandangkan sy berada di tahun akhir, harapan nak 'grad' pada masanya menghantui sy...Sy risau, kerna di semester ini jugalah sy paling byk sakit...Sebelum ini, dr first year sampai lah third year, sy jarang pergi klinik, sebab sy jarang sakit..Tapi semster ni, byk jugak MC yg sy dpt,sampai terbaring berhari-hari di bilik...Tapi tak mengapalah, kalau dah ditakdirkan kena extend satu semester jugak nanti, nak buat mcm mana kan...Sy dah usaha, berserah sajalah pd Tuhan... Perenggan atas cuma 'intro' sj..hehe..Sy nak cerita mengenai benda lain ni...Ada 3 benda di dunia ini yg kalau sy melihatnya, hati sy akan melonjak-lonjak gembira walaupun pada masa itu sy dilanda kesedihan atau tidak...Ketiga-tiga benda ni ada rankingnya yg tersendiri...hihi.. Entah mengapa, walau sy sedih mcm mana pun, kalau lihat ketiga-tiga benda ni, sy akan tersenyum juga walaupun sedikit... Nak tahu ke? =) Erm..mcm ni.. Tempat ketiga bg benda atau sesuatu yg buatkan sy gembira ialah binatang2 kecil yg comel.. Tak kisahlah binatang apa pun, cthnya seperti anak kucing ke,hamster ke, anak beruk pun sy suka. hehe. Pernah satu hari tu, sy tgh dilanda kesedihan dan stress, tp bila ternampak seekor anak beruk ni dan dapat dukung dia, sy tak perasan yg sy dah senyum balik, siap boleh ketawa lagi... alhamdulillah..(anak beruk pun rembatttttttt...hahaha) Yang kedua yg selalu sy perlukan kalau sy sedih, ialah buku-buku sy...Dr sy matrik sampailah dah tahun akhir sekarang,kalau sy sedih, sy akan rujuk buku-buku sy utk naikkan balik semangat sy...Kdg-kdg, sy lebih suka bersendirian bertemankan buku-buku sy dr jumpa kawan-kawan utk berkongsi.. Kdg-kdg sy suka berkongsi, tp kdg2 tu berdampingan dgn buku-buku sy utk mengambil sesuatu hikmah lebih sy perlukan sebelum berjumpa dgn org ramai. Yang pertama yg berada dalam carta teratas sy.......apa ya? 'Benda' ni mmg sy tak boleh nak 'resist'... Walau stress mcm mana pun sy, (setakat ini lah) kalau ada 'benda' ni, selalunya sy akan ok juga, insyaallah... Yang berada pd tingkat teratas yg buatkan hati sy melonjak2 gembira ialah bayi/baby atau adik-adik kecil. hah! Jgn tanya kenapa, sy mmg suka. =) Sy mmg suka melayan, tp sygnya sy takde adik kecil, atau anak saudara... So, kalau ada peluang jumpa budak2 mcm tu, sy 'rembat' dulu. heh. Budak atas ni sy jumpa masa solat kat surau satu shopping complex ni.. Mak dia tgh sembahyang, dia sibuk-sibuk nak kacau mak dia. Tgk kulit dia, berbeza sungguh dgn kulit cheq.. heheh. Sy berjaya tarik perhatian dia dr kacau mak dia.. yes yes. Seronok, jgn tanya kenapa. =) Sbb, sy pun tak tahu. ^^, Secara kesimpulannya, kalau tertekan ataupun sedih, carilah jalan utk mengatasinya..Setiap dr kita mempunyai cara atau jalan yg tersendiri.. kan? Itu cara sy antaranya, kamu bagaimana? =)

Saturday, August 22, 2009

Pemberitahuan

Sekalung kemaafan dipohon kerna tidak dapat mengemas kini blog saya kebelakangan ini.... Banyak perkara yg menuntut perhatian sy utk diselesaikan dan tambahan pula keadaan kesihatan sy yg kurang mengizinkan.... Saya diberi MC 5 hari oleh klinik UIA kerna demam.. Tapi entah mengapa, pabila teman-teman sy dan org disekeliling sy melihat saya, mereka pelik kerna sy tetap ceria... Sampaikan mereka bertanyakan pd sy "Pija, kamu ni demam ke tak??? Ceria je tgk" Satu lagi, "Doktor salah bg MC ker??? Sihat je tgk.." hahaha... Entahla...sy pun tak tahu...Mungkin semangat dalaman sy kuat kot... Atau mungkin jua sy bahagia kerna berlapang dada dgn kehidupan sy yg sederhana tapi membahagiakan... Terima kasih pada semua yg 'hidup' dalam hidup sy...Kamu semua sangatlah berharga dalam hidup HAFIZAH ZAHIDAH ABDULLAH... (^___^) Apapun, kesakitan itu kan kafarah dosa... Dah lama ALLAH bagi nikmat sihat, sesekali apa salahnya merasa nikmat sakit itu kan... (^___^) Moga sy takkan merungut dan tetap bersyukur........ Akhir sekali, Salam Ramadan Kareem dr sy... Mohon maaf atas segala salah silap sy yg pernah sy lakukan sama ada disengajakan atau tidak... Moga Ramadan kali ini Ramadan yg terbaik... Ameen.....

Thursday, July 16, 2009

Bahagia Itu Satu Pilihan

Seorang teman pernah bertanyakan pada sy, "Apa yg membuatkan kamu bahagia dan gembira tanpa memikirkan sebarang masalah di dalam kepala?" Pabila ditanyakan sebegitu, sy terdiam sebentar sebab sy tidak tahu bagaimana utk menjawab pertanyaan sahabat sy itu.. Bukan kerna sy tidak bahagia atau tahu apa yg membuatkan sy bahagia, tetapi secara jujurnya terlampau banyak perkara yg membuatkan sy bahagia... Jujurnya, perkara-perkara yg kecil dan remeh di mata org lain pun, bisa membuatkan sy bahagia... Akhirnya, sy menyusun kata-kata sy dgn sekadar yg mampu bg menjawab pertanyaan sahabat sy tadi... Begini jawapan sy, "Entahlah, mcm-mcm sebenarnya yg boleh buat pija happy; tp antara yg paling nyata yg boleh buat pija happy ialah berada dlm persekitaran Islam, buat kerja-kerja amal, beli buku-buku kesukaan pija, berkumpul ramai2 dgn org2 yg tersyg; itu dah cukup membuatkan pija bahagia". Itulah jawapan sy.. Sy menambah lagi, "Sebenarnya utk bahagia atau mencari bahagia, semuanya bergantung pd kita, kdg-kdg minum air sahaja pun bisa membuatkan kita bahagia.."

Apa yg ingin sy coretkan di sini bukanlah mengenai perkara-perkara yg membuatkan saya bahagia, sy cuma ingin kita berfikir sejenak apa itu erti bahagia yg sebenarnya..? Makna bahagia itu adalah sesuatu yg subjektif. Penilaian bahagia seseorang berbeza dgn seseorang yg lain.. Sebenarnya, cara kita menilai sesuatu dalam kehidupan kita memberi kesan bagaimana kita bisa bahagia... Jika kita tanya apa makna kebahagiaan pada org kaya, dia akan menjawab, "Bahagia ialah apabila sy mempunyai byk wang dan kemewahan" Ditanyakan pula pd seorang mahasiswa, jawapannya "Bahagia itu datang pabila sy mendapat anugerah dekan setiap semester.." Seorang ibu pula akan menjawab, "Bahagia itu pabila melihat anak2 sy berjaya dalam hidup masing2" Nah...bukankah sudah sy katakan, setiap org akan punyai tafsiran bahagia yg berbeza.. Persoalan yg utama yg perlu kita fikirkan ialah.... Apakah jenis kebahagiaan yg kita cari? Kebahagiaan yg cepat yg bersifat sementarakah?? Mahupun kebahagiaan yg kita bina secara perlahan-lahan tetapi bersifat hakikikah? Sudah menjadi lumrah manusia yg inginkan bahagia.. Tetapi...jgnlah kita tersalah langkah dalam mencari erti kebahagiaan, kerna ditakuti kebahagiaan yg kita inginkan itu hadirnya dr syaitan... Bukankah syaitan itu sudah bersumpah dgn ALLAH, yg dia akan menyesatkan manusia dan segala keturunannya?? Jgnlah sampai kita terjebak dgn penilaian erti bahagia dari kaca mata syaitan... Ya, mungkin bahagia itu akan datang dgn cepat, tapi kesannya pd kita, akan berpanjangan.. Mahukah kita memiliki 'bahagia segera' jika di penghujung 'kebahagiaan' itu hanyalah kemurkaan ALLAH??? Seolah-olah menjadi pandangan biasa pula apabila kita mendengar muda-mudi bersuka ria melepaskan tekanan di kelab-kelab malam atau org sekarang panggil sebagai "clubbing"...Jgnlah dibiasakan benda2 yg mmg sah haramnya disisi Tuhan... Jujurnya sy sedih pabila melihat ada org yg sy kenali dan sayangi mula berjinak-jinak dgn budaya seperti itu...Sy tak marah, cuma sy sedih dan kecewa bila melihat mereka terjebak dlm aktiviti yg seperti itu.. Yalah, bila kita betul-betul sygkan seseorang, kita mahu melihat mereka bahagia di dunia dan akhirat...Kalau boleh, kita mahu mengambil berat bukan shj hal dunia mereka, malah kita mahu juga mengambil berat hal-hal akhirat mereka... Sy tak kisah jika nanti dibenci oleh mereka2 yg pernah sy nasihati, kerna biarlah sy yg dibenci mereka, tapi jgnlah ALLAH benci pada mereka... Biarlah sy kolot di mata mereka, demi melihat mereka disayangi oleh ALLAH.... Siapa yg tak inginkan bahagia??? Semua insan menginginkannya... Namun, biarlah bahagia yg kita cari itu didasarkan pd rahmat ALLAH... Bahagia yg sebenar itu adalah bila kita berlapang dada, dan tenang menghadapi apa sj yg datang dalam hidup kita... Bak kata bijak pandai, "Syukur dgn apa yg ada dan redha dgn apa yg tiada"... Bila kita mempunyai jiwa yg tenang, segalanya akan jd serba mudah dan membahagiakan... Utk mempunyai jiwa yg tenang, jawapannya ada dgn selalu mendekatkan diri dgn ALLAH... Bahagia yg datangnya dr syaitan memanglah cepat, kerna kita dpt memilikinya dengan cara yg pantas dan mudah... Bahagia dr ALLAH, perlukan usaha yg istiqamah dan berterusan demi mengejar kebahagiaan yg hakiki... Bukankah mahar syurga itu mahal harganya??? Tiket utk ke sana menuntut kita selalu berusaha mengejar rahmat ALLAH... Biarlah diri ini sentiasa terjatuh dan tersadung dlm perjalanan mencari dan menambat cinta Ilahi, asalkan perjalanan yg kita tempuhi itu berada dlm landasan yg benar, yakni landasan ke syurga... Siapa yg sanggup ke neraka??? Takkan tertanggung kita di sana.... Maka saudara-saudaraku sekalian, marilah kita kejar ertinya bahagia yg sebenar,yakni ke arah Pemilik Segala Bahagia; ALLAH S.W.T.... Bahagia dr syaitan??? Tepislah sebaik mungkin.... Maka, jenis bahagia yg mana satukah yg kita pilih??? Tepuk dada, tanyalah iman.....Wallahhualam....

Wednesday, July 1, 2009

Bila Tuhan Bayar Cash

Kad kredit. Wang tunai. Ansuran. Antara jenis-jenis pembayaran yg boleh kita pilih dan lakukan untuk membeli serta memiliki sesuatu barang yg diinginkan. Jika manusia memilih utk membayar dgn wang tunai atau 'cash' bukanlah satu perkara yg pelik atau dihairankan di mata kita. Tapi bagaimana pula jikalau Tuhan yg bayar cash?? Istilah ini bukanlah istilah formal, cuma ianya digunakan utk keadaan yg bilamana Tuhan membalas satu-satu perbuatan itu di situ juga tanpa ada apa-apa penangguhan atau menunggu di hari kiamat nanti. Saya pernah terlihat di depan mata saya sendiri bagaimana satu dosa yg dilakukan dibalas dan dibayar secara cash oleh Tuhan Yg Berkuasa. Pernah pada suatu malam, saya dan kawan-kawan saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur menaiki kereta yg dipandu oleh teman sekuliah saya. Sampai di satu persimpangan jalan, kereta yg kami naiki berhenti kerna lampu merah. Kami bertiga bersembang-sembang dlm kereta sehinggakan tiba-tiba salah seorang teman sy menyuruh kami memandang ke kereta di sebelah kiri kami. Di sebelah kereta kami, ada sepasang manusia sedang bercumbu mesra di dalam kereta. Pasangan itu Islam, dan seorang wanita bertudung yg memandu kenderaan tersebut. Kami cuba berbaik sangka dgn mengatakan kemungkinan pasangan itu sudah berkahwin. Tetapi jujurnya kami masih ragu-ragu kerna pasangan itu masih muda, dan secara normalnya org yg sudah berkahwin jarang melakukan secara terbuka apa-apa sentuhan yg intim. Sementara menunggu lampu hijau, sy melihat perempuan yg bertudung itu melentukkan kepalanya ke bahu lelaki yg disebelahnya. Manja sungguh perlakuan mereka berdua, bercumbu mesra di dalam kereta yg membolehkan org-org di kiri kanan mereka melihatnya. Saya hanya terdiam, tak tahu nak kata apa, bilamana kawan sy kelihatan agak marah melihat kelakuan tidak senonoh mereka kerna ada benarnya kata teman sy itu. Lampu hijau pun menyala, semua kereta memecut sebelum lampu merah menyala kembali. Kereta kami tidak sempat melepasi jalan tersebut kerna lampu kuning sudah menyala. Kawan sy yg memandu kereta mengambil jalan selamat utk tidak terus memecut kerna takut apa-apa yg buruk terjadi. Kami terpana pabila melihat kereta yg dipandu pasangan tersebut memecut laju utk melepaskan diri dari "traffic jammed' itu. Kami sekali lagi terkejut pabila tak sampai satu minit, kereta itu berlanggar dengan kereta-kereta di depannya, menyebabkan tiga kereta terlibat dalam kemalangan. Kami terdiam seketika kerna begitu terkejut dgn apa yg berlaku di depan mata kami. Kesunyian kami terpecah pabila salah seorang teman sy mengatakan "Tengok tu bila Tuhan bayar cash". Ada benarnya kata teman sy, dan sy beristighfar dalam hati kerna takut di suatu hari nanti, dosa yg sy lakukan dibalas dgn serta merta juga. Mungkin ketika kejadian itu, Tuhan marah dgn perlakuan pasangan tersebut bercumbu mesra tanpa ikatan yg sah. Wallahhualam. Ada satu lagi kisah sekawan yg mengata-ngata orang lain di dalam kereta yg dipandu, akhirnya sekajap sj kereta yg dipandu mereka hampir terbabas dan terlanggar kenderaan di hadapan. Saya ingin mengingatkan pd diri sy terlebih dahulu dan pembaca-pembaca sekalian, berhati-hatilah dgn apa sj yg mahu kita lakukan. Mungkin sj perlakuan kita membawa kepada dosa. Jika ada bisikan yg dtg pada kita menyuruh kita agar jgn meneruskan perbuatan yg gayanya bisa membawa dosa, jgnlah dipersiakan bisikan tersebut... Kerna bisikan itu adalah lintasan hidayah yg dtg dr ALLAH. Takutlah kita dgn balasan ALLAH, kerna sesungguhnya azab-NYA amatlah pedih sekali. Sesungguhnya ALLAH mempunyai kuasa utk membalas dgn serta-merta perbuatan dosa yg kita lakukan. Tapi Tuhan itu Maha Penyayang, DIA masih mahu memberikan kita peluang utk bertaubat. Adakah kita masih mahu menjadi buta dan tuli akan kesempatan yg diberikan oleh-NYA? Sedangkan tangan kita yg terkena api di dunia diangkat serta merta dan sakitnya terasa, bagaimana pula dgn api neraka yg lagi maha dasyatnya? Tepuk dada, tanyalah iman.... Wallahhualam...

Monday, June 29, 2009

Belajar Dari Pokok Semalu

Pokok semalu. Tumbuhnya berselirat dan terbiar di tanah-tanah lapang. Rimas rasanya bila pokok semalu ini melekat pada seluar. Tapi, teringat pula di kotak ingatan saya semasa saya kecil-kecil dulu. Petang-petang hari saya akan bertenggek di halaman rumah saya dan mencari pokok-pokok semalu ini.. Terhibur rasanya hati bilamana pokok semalu ini menguncup pabila saya menyentuhnya... Jiwa kanak-kanak saya semasa itu kegirangan dan kadang-kadang mengekek ketawa berseorangan bermain dengan pokok semalu itu... Bila sudah besar panjang ini, saya teringat kembali bagaimana keriangan saya di waktu itu... Saya ada terbaca tentang satu artikel mengenai pokok semalu, maka elok rasanya kita berkongsi tentang ilmu ini bersama-sama... Diceritakan suatu ketika pernah Baginda Rasulullah S.A.W berjalan bersama-sama dengan puteri kesayangan baginda; Saidatina Fatimah r.ha. Ketika melintasi sepohon tamar, kaki Saiditina Fatimah terpijak pokok semalu. Kakinya itu berasa sakit dan berdarah. Fatimah bertanya baginda, apalah gunanya pokok seumpama itu tumbuh di situ? Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa sifat fizikal pokok semalu amat berkait rapat dengan wanita. Terdapat 4 aspek pengajaran yg boleh diambil drpd kejadian pokok tersebut. Pertama, sifat pokok semalu yg menguncup sewaktu disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu yang bertempat. Kedua, semalu mempunyai duri yg tajam utk mempertahankan dirinya. Simboliknya, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruahnya. Ketiga, akar tunjang pokok semalu kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keimanan yg berakar umbi dalam jiwanya. Keempat, semalu menguncup dgn sendirinya apabila senja menjelang. Seolah-olah ciptaan ALLAH S.W.T ini seperti mengingatkan kpd kaum wanita supaya pulang dan duduklah di rumah ketika hari hampir gelap. Malu dikurniakan ALLAH pd kaum wanita kerna sifat kejadiannya yg unik.. Menurut riwayat Baihaqi, terdapat 99 tarikan pd diri seorang wanita itu. Maka, seorang wanita haruslah menjaga dirinya dgn memakai sifat malu sebagai pakaiannya. Sifat malu dpt menggerakkan hati seseorang itu utk meninggalkan kejahatan. Malu itu pakaian taqwa, tanpa sifat malu rosak binasalah seorang perempuan. Wahai Hawa yg ku sayang, rasalah malu pd Tuhan bilamana kita tegar membuka aurat kita utk dijamah mata-mata liar yg memandangnya dgn pdgn nafsu...Tubuh kita hanya pinjaman dr ALLAH semata, maka tutuplah ia dgn sempurna....kerna satu hari nanti kita akan kembali jua pd Yang Esa.. Adakah kita mahu mengadap ALLAH nanti dgn kemurkaan-NYA kerna kita ingkar pd suruhan.... Wahai Hawa yg ku sayang, bantulah kaum muslimin utk mereka menjaga pandangan mereka dr melihat tubuhmu yg penuh kecantikan dan keunikan... Bantulah kaum muslimin utk teguh menjadi mujahid yg sejati...Janganlah menjadi punca nafsu dan pintu pembukaan neraka pd muslimin yg mahu mencari keredhaan Tuhan Yg Maha Agung.. Kalau kita, kaum Adam dan Hawa saling bantu membantu dan bertanggungjawab pd amanah masing-masing, insyaallah tegaklah syariat Islam di mata dunia.... Wahai Hawa yg ku sayang, sama-samalah kita menjaga diri agar layak menikmati syurga...Kita tak mungkin bisa menjadi seperti Siti Khadijah, Siti Fatimah mahupun Aisyah, tapi biarlah suruhan Tuhan yg satu ini yakni menutup aurat dan maruah kita penuhi dgn sempurna, semoga bida menjadi saham akhirat....Teguhlah dirimu di jalan ALLAH...Benar ianya susah kerna mahar syurga itu mahal harganya... Wahai Hawa yg ku sayang, jadilah mawar berduri, yang terpelihara dan terjaga malah sukar utk didekati...Hanya yg mampu saja, yg bakal menawan cinta sang mawar berduri......